|
Tuesday, 10 February 2009 |
|
Surat Hebahan OMK 2009 - TERKINI 28 Januari 2009
Pengarah/Pengetua Kolej/Sekolah
Tuan/Puan,
Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 20 Jun 2009 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari bagi tahun 2009, di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:
- Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
- Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
- Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)
Untuk makluman semua, pihak kementerian (KPM) melalui Bahagian Sekolah menyambut baik usaha ini, begitu juga dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Setiap tahun kami akan memaklumkan kepada KPM dan JPN akan aktiviti ini, dan mereka menyokong dan akan menggalakkan sekolah menyertainya. Sebagai contoh, untuk OMK 2007, dilampirkan surat daripada Bahagian Sekolah, KPM, yang menyokong dan menggalakkan semua JPN agar mewar-warkan perkara ini kepada semua sekolah.
Mulai tahun lepas bagi OMK 2008 dan seterusnya bagi OMK 2009 tahun ini, pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej akan dibuat secara “online” melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://www.persama.org.my
Setelah memasuki laman web tersebut, tuan/puan boleh terus mencapai maklumat di bahagian “Info OMK 2009” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2009” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut.
Sekiranya sekolah/kolej tuan/puan ingin mengambil bahagian, pendaftaran pasukan-pasukan sekolah /kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:
- Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.
- Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini.Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
- Cetak Borang Pembayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2009 seperti alamat di atas.
Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” ini beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 9 Mei 2009 ini. Pendaftaran penyertaan secara “online” melalui laman web tersebut akan ditutup selepas 9 Mei 2009.
Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej tuan/puan, dan seterusnya dapat menyambut baik usaha kami menyediakan pendaftaran penyertaan secara “online” bagi OMK 2009 ini, bagi menyahut cabaran perkembangan teknologi maklumat masa kini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar, (Prof. Madya Dr. Roslinda Mohd Nazar) Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2009 b/p Presiden PERSAMA
DAFTAR SEKARANG
Perhatian:
- Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan/Puan juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:
| Nama | No. Tel.
| Mel-E
| Negeri
| | Prof. Madya Dr. Abd Ghafur Ahmad | 03-89213717 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Sarawak | Pn. Alawiah Ibrahim Pn. Nur Jumaadzan Zaleha Mamat | 03-89213704 03-89215797 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Kelantan & Terengganu | | Dr. Azmin Sham Rambely | 03-89213244 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Pahang | | Dr. Eddie Shahril Ismail | 03-89213065 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Selangor | | Pn. Munira Ismail | 03-89215723 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Kuala Lumpur | | Dr. Rokiah @ Rozita Ahmad | 03-89213716 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Johor | | Dr. Nora Muda | 03-89213718 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Pulau Pinang | | Cik Rozita Ramli | 03-89213421 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Perak | | Cik Syakila Ahmad | 03-89213371 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Kedah & Perlis | | Cik Zamira Hasanah Zamzuri | 03-89213711 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Sabah | | Pn. Zalina Mohd Ali | 03-89215796 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Melaka | | En. Mohd Aftar Abu Bakar | 03-89215784 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Negeri Sembilan | | Pn. Zarah Harun (Urusetia) | 03-89215713 |
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
| Semua negeri |
- Buat masa ini, kedua-dua buah buku yang berkaitan dengan OMK telah habis dijual dan tiada stok baru.
|