Pusat Pertandingan OMK 2019

JADUAL PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN 2019 (OMK 2019)

Tempat : Pusat Pertandingan OMK 2019

Tarikh : 20 Julai 2019

Masa : 10.00 pagi 12.30 tengah hari 

 

 

ARAHAN KEPADA CALON-CALON

  1. Calon-calon dibenarkan masuk ke dalam dewan atau bilik pertandingan lima belas minit sebelum pertandingan bermula.
  2. Calon-calon hanya dibenarkan membawa alat-alat tulis sahaja. Segala bahan lain tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan atau bilik pertandingan. Mesin hitung tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan.
  3. Kertas-kertas soalan, kertas jawapan dan kertas untuk kerja kasar akan disediakan oleh pihak pertandingan.
  4. Selepas berada di dalam dewan atau bilik pertandingan, calon-calon diminta mengisi slip kedatangan pertandingan dan meletakkannya serta kad pengenalan mereka di penjuru kanan meja untuk disemak.
  5. Calon-calon dikehendaki menulis nama, nombor kad pengenalan dan nama sekolah mereka di halaman hadapan kertas soalan/jawapan.
  6. Calon-calon diminta menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan semua soalan dalam Bahagian B. Jawapan-jawapan mesti dijawab di dalam kotak jawapan yang disediakan (bagi Bahagian A) dan dalam ruang kosong yang disediakan (bagi Bahagian B).
  7. Calon-calon diingatkan bahawa markah jawapan yang salah tidak akan ditolak bagi soalan yang tidak dijawab.
  8. Calon-calon diminta menjawab soalan-soalan dengan menggunakan pen mata bulat sahaja.
  9. Calon-calon tidak dibenarkan meniru dalam pertandingan.

 

 

 

Sila klik PUSAT PERTANDINGAN OMK 2019 untuk maklumat lanjut.