Surat Hebahan OMK 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

Y.Bhg Dato’/ Datin/Tn/Pn/En/Cik, 

 

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2018

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti perincian berikut:

 

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)

Masa   : 10:00 pagi 12:30 tengah hari

 

2.       Pertandingan ini terdiri dari tiga (3) kategori iaitu:

 

a) Kategori Bongsu   - Tingkatan 1 dan 2

b) Kategori Muda     - Tingkatan 3 dan 4

c) Kategori Sulong   - Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

         

3.       Pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat pertandingan OMK 2018 akan ditentukan oleh Urusetia OMK 2018. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah-sekolah yang mendaftar OMK 2018. Guru-guru/pihak sekolah perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk melihat sendiri maklumat terkini OMK 2018 di laman sesawang PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2018 seperti tarikh dan tempat pertandingan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

 

4.       Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad). Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2016, IMO 2017 dan IMO 2018 dikecualikan penyertaan dalam OMK 2018 ini.

 

5.       Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2018.

 

a)       Yuran Penyertaan OMK 2018

Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan (4 orang/kumpulan) manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2018.

 

Sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA

Pasukan pertama (setiap kategori)                      : RM 60.00

Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama)    : RM 50.00

 

Sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA

Setiap pasukan                                               : RM 120.00

 

(Ahli Institusi PERSAMA boleh dimohon dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus pertandingan ini boleh disertai dengan kadar bayaran Ahli Institusi PERSAMA. Pendaftaran keahlian ini boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK)

 

b)       Pendaftaran OMK 2018

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://omk.persama.org.my.

Panduan sistem pendaftaran OMK, sila klik DI SINI.

c)       Tarikh Tutup Pendaftaran dan Bayaran OMK 2018

Pendaftaran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 28 Jun 2018 5 Julai 2018 dan bayaran penyertaan perlu dibuat sebelum 8 Julai 2018. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN) manakala bayaran selepas tarikh tutup pula akan dikenakan YURAN PENALTI (RM10 SATU PASUKAN).

d)      Kelulusan dan Sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia

Pertandingan OMK2018 telah mendapat kelulusan dan sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat yang bertarikh 11 April 2018 dengan nombor rujukan KPM.400.14/1/20 Jld 20(23).

 

6.       Maklumat TERKINI dan terperinci tentang OMK 2018 serta pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar untuk OMK 2018.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

(Profesor Madya Dr. Zabidin Bin Salleh)

Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2018

b/p Presiden PERSAMA

 

Perhatian:

1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan penyelaras-penyelaras berikut yang

    menyelaras sekolah/kolej mengikut negeri:

Nama

No Tel.

e-mel

Negeri

PM Dr. Sabri Ahmad

09-6683330

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sabah/Sarawak

PM Dr. Roslan Hasni @ Abdullah

09-6683857

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Melaka

PM Dr. Gobithaasan Rudrusamy

09-6683534

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pulau Pinang

Dr. Nurfadhlina Abdul Halim

09-6683383

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perlis

Dr. Auni Aslah Bin Mat Daud

09-6683625

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pahang

Dr. Ilyani Abdullah

09-6683476

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kelantan

Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani

09-6683975

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Negeri Sembilan

Dr. Hanafi A. Rahim

09-6683626

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Johor

Dr. Chee Chew Seng

09-6683619

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Selangor

Dr. Mohamed Saifullah Hussin

09-6683141

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kuala Lumpur

Dr. Fatimah Noor Harun

09-6683341

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kedah

Dr. Hassilah Salleh

09-6683380

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perak

Pn. Nor Azlida Binti Aleng@Mohamad

09-6683744

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Terengganu

 

2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman sesawang PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.

 

Untuk dapatkan Surat Hebahan OMK 2018, sila klik DI SINI.