JADUAL PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN 2019 (OMK 2019)
Tempat : Pusat Pertandingan OMK 2019
Tarikh : 20 Julai 2019
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
ARAHAN KEPADA CALON-CALON
- Calon-calon dibenarkan masuk ke dalam dewan atau bilik pertandingan lima belas minit sebelum pertandingan bermula.
- Calon-calon hanya dibenarkan membawa alat-alat tulis sahaja. Segala bahan lain tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan atau bilik pertandingan. Mesin hitung tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan.
- Kertas-kertas soalan, kertas jawapan dan kertas untuk kerja kasar akan disediakan oleh pihak pertandingan.
- Selepas berada di dalam dewan atau bilik pertandingan, calon-calon diminta mengisi slip kedatangan pertandingan dan meletakkannya serta kad pengenalan mereka di penjuru kanan meja untuk disemak.
- Calon-calon dikehendaki menulis nama, nombor kad pengenalan dan nama sekolah mereka di halaman hadapan kertas soalan/jawapan.
- Calon-calon diminta menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan semua soalan dalam Bahagian B. Jawapan-jawapan mesti dijawab di dalam kotak jawapan yang disediakan (bagi Bahagian A) dan dalam ruang kosong yang disediakan (bagi Bahagian B).
- Calon-calon diingatkan bahawa markah jawapan yang salah tidak akan ditolak bagi soalan yang tidak dijawab.
- Calon-calon diminta menjawab soalan-soalan dengan menggunakan pen mata bulat sahaja.
- Calon-calon tidak dibenarkan meniru dalam pertandingan.
Sila klik PUSAT PERTANDINGAN OMK 2019 untuk maklumat lanjut.