Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tn./Pn./En./Cik,
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2020
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang diiktiraf di peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 18 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
3. Pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:
a) Kategori Bongsu - Tingkatan 1 dan 2
b) Kategori Muda - Tingkatan 3 dan 4
c) Kategori Sulong - Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / Setara
4. Pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat pertandingan OMK 2020 akan ditentukan oleh Urusetia OMK 2020. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah yang mendaftar OMK 2020. Penyelaras atau pihak sekolah/institusi perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk menyemak maklumat terkini OMK 2020 di laman sesawang PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2020 seperti tarikh dan tempat pertandingan.
5. Sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta yang hadir pada hari pertandingan manakala Penyelaras Sekolah/Institusi dan pihak sekolah/institusi akan diberi sijil penghargaan berupa sijil elektronik (e-sijil).
6. Untuk makluman, peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan dipilih dan layak disaring untuk menyertai kem-kem Intensif International Mathematical Olympiad (IMO). Di akhir kem intensif tersebut, beberapa orang pelajar berkemungkinan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2018, IMO 2019 dan IMO 2020 tidak dibenarkan menyertai OMK 2020.
7. Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan OMK 2020.
a) Yuran Penyertaan OMK 2020
Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan (4 orang/kumpulan) manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2020.
Status keahlian |
Perkara |
Bayaran Awal |
Bayaran Selepas 3 Julai 2020 |
Sekolah Yang Menjadi Ahli Institusi PERSAMA |
Yuran Keahlian PERSAMA |
RM 50.00 |
|
Pasukan Pertama (Setiap Kategori) |
RM 60.00 |
RM 70.00 |
|
Pasukan Berikutnya (Dalam Kategori Sama) |
RM 50.00 |
RM 60.00 |
|
Sekolah Yang Bukan Ahli Institusi PERSAMA |
Setiap pasukan |
RM 120.00 |
RM 130.00 |
Pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK. Tempoh keahlian institusi PERSAMA adalah 1 Januari 2020 – 31 Disember 2020.
b) Pendaftaran OMK 2020
Pendaftaran dan penyertaan sekolah/institusi hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Pendaftaran OMK 2020 di laman sesawang PERSAMA. Penyelaras atau pihak
sekolah/institusi perlu mengisi borang pendaftaran tersebut dan menghantar semula ke e-mel OMK (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
c) Tarikh Tutup Pendaftaran dan Bayaran OMK 2020
Pendaftaran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2020 dan bayaran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 3 Julai 2020.
8. Maklumat TERKINI dan terperinci berkaitan OMK 2020 serta pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru, PERSAMA amat mengalu-alukan para pelajar menyertai OMK 2020.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(Dr. Binyamin bin Yusoff)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2020
b/p Presiden PERSAMA
Tel: +609-6683316
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Perhatian:
1. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan sekretariat OMK 2020 melalui email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau penyelaras-penyelaras sekolah/institusi berikut mengikut negeri:
Nama | No Tel. | e-mel | Negeri |
Dr. Nur Aidya Hanum Binti Aizam | 09-6683979 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Johor |
Dr. Fatimah Noor Harun | 09-6683341 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kedah/Perlis |
Dr. Ilyani Abdullah | 09-6683476 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kelantan |
Dr. Hanafi Bin A. Rahim | 09-6683626 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Melaka |
Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani | 09-6683975 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Negeri Sembilan |
Pn. Siti Madhihah Binti Abdul Malik | 09-6683734 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pahang |
Dr. Mohamad Nazri b. Husin | 09-6683320 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Perak |
Dr. Azwani Binti Alias | 09-6683413 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pulau Pinang |
Dr. Nur Fadhilah Binti Ibrahim | 09-6683717 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sabah |
Dr. Syerrina Binti Zakaria | 09-6683681 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sarawak |
Dr. Hassilah Salleh | 09-6683380 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Selangor |
Pn. Nor Azlida Aleng@Mohamad | 09-6683744 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Terengganu |
Dr. Mohamed Saifullah Hussin | 09-6683383 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | WP Kuala Lumpur/Putrajaya |
2. PERSAMA juga menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman sesawang PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.
Lampiran:
- Surat Hebahan OMK2020
- Surat Hebahan OMK2020 dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Borang Pendaftaran OMK 2020