Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2019/2020 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) Luar Biasa Pandemik Covid19 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 24 Februari 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Kaedah Mesyuarat : Pelantar Google Meet
Pautan Google Meet: Sila lihat lampiran notis
Ahli PERSAMA atau individu yang ingin hadir digalakkan untuk menyatakan kehadiran dengan membalas email ini bagi membantu melicinkan penganjuran majlis ini. Individu yang telah menerima jemputan melalui Google Calendar dan telah menyatakan kehadiran tidak perlu melakukannya sekali lagi.
Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan
- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2018/19
- Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2018/19
- Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2019/2020
- Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2020
- Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.
Semoga tuan/puan dapat menghadirkan diri ke mesyuarat ini dan segala kerjasama amat dihargai. Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Yang benar,
--
Setiausaha Kehormat PERSAMA
Lampiran
Notis mesyuarat PERSAMA 2019-2020_luar_biasa.pdf