|
Anugerah PERSAMA 2012 |
|
|
|
Tuesday, 31 January 2012 |
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2012 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 20 (SKSM20) di Hotel Palm Garden, Putrajaya pada 18-20 Disember 2012. ( http://www.ukm.my/ppsmfst/sksm20/) Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak saudara untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2012 bagi kategori berikut: - Buku Karya Asli
- Buku Karya Terjemahan
- Tesis Sarjana
- Tesis Doktor Falsafah
- Makalah Ilmiah
- Rekacipta Matematik
- Rencana popular
Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2012. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas, Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin Penyelaras Anugerah PERSAMA 2012 d/a Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor Tel : 07-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p) Mel-e :
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Lampiran: |
|
|
Pertandingan Permodelan Matematik Kebangsaan 2012 (PPMK 2012) |
|
|
|
Tuesday, 31 January 2012 |
|
PPMK merupakan satu pertandingan yang dianjurkan bertujuan untuk mencabar minda matematik anda dalam menyelesaikan sebarang persoalan atau permasalahan terbuka dengan cara yang bermatematik. PPMK akan menjadi pengalaman yang mampu meningkatkan keupayaan intelektual, pengetahuan, dan kemahiran bermatematik anda.
|
|
Selanjutnya...
|
|
|
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 35 Num 1 2012 |
|
|
|
Tuesday, 31 January 2012 |
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 35 • Number 1 • 2012 |
|
|
Anugerah PERSAMA 2012 |
|
|
|
Thursday, 19 January 2012 |
Pihak PERSAMA mengalu-alukan pencalonan dari guru-guru di sekolah untuk bahan-bahan ilmiah untuk Anugerah PERSAMA 2012 bagi kategori berikut. - Rekacipta Matematik
- Rencana popular
Hadiah bagi pemenang utama dan pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. |
|
|
Hebahan Mengenai OMK 2012 |
|
|
|
Thursday, 19 January 2012 |
|
Tarikh Pertandingan: 7 Julai 2012 (10:00 pagi – 12:30 tengahari)
Tempat: Di negeri masing-masing (Universiti atau sekolah berhampiran) Yuran : Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA - Pasukan pertama (Setiap Kategori) : RM 32.00
- Pasukan berikutnya (Dalam Kategori yang sama): RM 44.00
Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA - RM 100.00 bagi setiap pasukan.
|
|
|
Surat Hebahan OMK 2012 |
|
|
|
Thursday, 12 January 2012 |
|
Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik alaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu: Berikutnya... |
|
|
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2011 |
|
|
|
Monday, 21 November 2011 |
|
Anugerah Buku (Karya Asli) Pemenang Utama -Tiada Pemenang- Pemenang Saguhati Penulis : Halilah Haron Tajuk : Understanding Statistics with SPSS – A Friendly Approach Penerbit : UPENA, Universiti Teknologi MARA |
|
Selanjutnya...
|
|
|
Seminar 1 Hari Pendedahan International Mathematical Olympiad (IMO) 19 November 2011 |
|
|
|
Monday, 14 November 2011 |
|
Sukacita dimaklumkan bahawa 41 orang pelajar di bawah berjaya disenaraipendek untuk mengikuti Seminar Pendedahan IMO yang tersebut di atas. |
|
Selanjutnya...
|
|
|
Kem Kecemerlangan Matematik PERSAMA-UTM JB 2011 |
|
|
|
Friday, 28 October 2011 |
|
Kem Matematik adalah salah satu program khidmat masyarakat Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) yang melibatkan pelajar “galus” (antara gagal dan lulus bagi subjek matematik) dari sekolah-sekolah rendah di kawasan desa di seluruh Malaysia.
Objektif utama program ini ialah untuk mencetus kesedaran akan peranan matematik dalam kehidupan seharian, membentuk daya keyakinan dan motivasi matematik di kalangan pelajar desa, merangsang daya pemikiran dan kebolehan matematik pelajar desa dan mempertingkatkan penghayatan matematik pelajar desa. Program ini mengandungi pelbagai pengisian termasuk ceramah motivasi. Ia juga menyediakan suatu wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti matematik yang menyeronokkan. |
|
Selanjutnya...
|
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 Berikutnya > Akhir >>
|
| Hasil 1 - 9 dari 34 |