NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2008/09
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2008/09 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 15 Disember 2009, jam 11.40 pagi, Ballroom, Hotel Mahkota, Melaka.
Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan:
1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2007/08
2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2007/08
3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2008/2009
4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2009
5. Pemilihan ahli-ahli Majlis untuk penggal 2009/10-2010/11
6. Pemilihan Juruaudit dan Pegawai Pilihanraya
7. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.
Maslina Darus
SK PERSAMA