Tajaan yuran SKSM

Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) adalah acara tahunan anjuran PERSAMA dan universiti/institusi terpilih di Malaysia. PERSAMA berbesar hati menaja yuran penyertaan beberapa ahli untuk menyertai SKSM. Pemilihan penerima tajaan ini adalah berdasarkan kepada kaedah yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Ahli Majlis PERSAMA iaitu:

  1. Hanya ahli seumur hidup dengan tempoh keahlian sekurang-kurangnya setahun sahaja yang layak memohon tajaan yuran penyertaan SKSM daripada PERSAMA;
  2. Had tajaan PERSAMA untuk yuran penyertaan SKSM adalah RM10,000;
  3. Ahli PERSAMA (termasuk ahli Majlis) yang telah menerima tajaan yuran SKSM tidak boleh memohon tajaan yang baru untuk tempoh 5 tahun;
  4. Semua permohonan tajaan akan dibincangkan dan dinilai oleh Ahli-ahli Majlis PERSAMA;
  5. Makluman berkaitan ahli yang berjaya dalam permohonan tajaan SKSM akan dibuat oleh Setiausaha Kehormat PERSAMA.