Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 29 Julai 2017 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa,pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:
Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)
Mulai tahun 2017, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, Terengganu dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas. Mulai tahun 2017 juga, pusat pertandingan OMK 2017 adalah di sekolah masing-masing, iaitu peserta-peserta OMK 2017 akan menduduki pertandingan OMK 2017 di sekolah masing-masing. Maklumat TERKINI dan terperinci tentang OMK 2017 dan pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan. Tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah-sekolah yang mendaftar OMK 2017. Guru-guru atau pihak sekolah perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk melihat sendiri maklumat terkini OMK 2017 di laman web PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2017 seperti tarikh dan tempat pertandingan.
Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad). IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.
Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2015, IMO 2016 dan IMO 2017 dikecualikan penyertaan dalam OMK 2017 ini. Harap maklum.
Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2017.
a) Yuran Penyertaan OMK 2017
Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2017.
Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
Pasukan pertama (setiap kategori) : RM 60.00
Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama): RM 50.00
Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
RM 120.00 bagi setiap pasukan.
(Saudara boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi PERSAMA dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi PERSAMA. Pendaftaran keahlian ini boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK)
b) Pendaftaran OMK 2017
Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my.
Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej saudara boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:
1.Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci (penjuru kiri atas laman web). Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula. Jika Login ID hilang, dinasihatkan untuk daftar yang baru.
2.Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
3.Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2017 seperti alamat di atas.
c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2017
Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 17 Jun 2017. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN). Manakala bayaran penyertaan boleh dibuat selewat-lewatnya 8 Julai 2017.
Saudara juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2017 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2017” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2017” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej saudara. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(Profesor Madya Dr. Abd. Fatah Bin Wahab)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2017
b/p Presiden PERSAMA
Perhatian :
1.Jika terdapat sebarang pertanyaan, saudara juga boleh berhubung terus dengan penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah/kolej mengikut negeri:
Nama |
No. Tel. | Mel-e | Negeri |
PM Dr. Sabri Ahmad | 09-6683330 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sabah/Sarawak |
PM Dr. Zabidin Salleh | 09-6683312 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Terengganu |
PM Dr. Roslan Hasni @ Abdullah | 09-6683857 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Melaka |
Dr. Nurfadhlina Abdul Halim | 09-6683383 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Perlis |
Dr. Auni Aslah Bin Mat Daud | 09-6683625 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pahang |
Dr. Ilyani Abdullah | 09-6683476 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kelantan |
Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani | 09-6683975 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Negeri Sembilan |
Dr. Hanafi A. Rahim | 09-6683626 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Johor |
Dr. Chee Chew Seng | 09-6683619 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Selangor |
Dr. Mohamad Saifullah Hussin | 09-6683141 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kuala Lumpur |
Dr. Fatimah Noor Harun | 09-6683341 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kedah |
Dr. Hassilah Salleh | 09-6683380 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Perak |
Dr. Gobithaasan Rudrusamy | 09-6683534 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pulau Pinang |
2.PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Borang langganan disertakan. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.
Lampiran: