Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2016/2017 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 29 Ogos 2017, jam 4:30 petang, bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan.
Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan
- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2015/2016.
- Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2015/2016.
- Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2016/2017.
- Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2017.
- Pemilihan Ahli-Ahli Majlis bagi penggal 2017/2018 – 2018/2019.
- Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.