Surat Hebahan OMK 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tn./Pn./En./Cik, 

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2019

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:

 

Tarikh : 20 Julai 2020 (Sabtu)

Masa   : 10:00 pagi 12:30 tengah hari

 

2.         Pertandingan ini terdiri dari tiga (3) kategori iaitu:

 

a) Kategori Bongsu     - Tingkatan 1 dan 2

b) Kategori Muda       - Tingkatan 3 dan 4

c) Kategori Sulong      - Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / Setara  

 

3.         Pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat pertandingan OMK 2019 akan ditentukan oleh Urusetia OMK 2019. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah yang mendaftar OMK 2019. Guru/pihak sekolah perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk menyemak maklumat terkini OMK 2019 di laman sesawang PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2019 seperti tarikh dan tempat pertandingan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

 

4.         Untuk makluman, peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan dipilih dan layak disaring untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad). Di akhir kem intensif tersebut, beberapa orang pelajar berkemungkinan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2017, IMO 2018 dan IMO 2019 tidak dibenarkan menyertai OMK 2019.

 

5.         Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan OMK 2019.

a) Yuran Penyertaan OMK 2019

Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan (4 orang/kumpulan) manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2019.

 

Sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA

Yuran Tahunan Ahli Institusi PERSAMA                      : RM 50.00

Pasukan pertama (setiap kategori)                                  : RM 60.00

Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama)             : RM 50.00

 

Sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA

Setiap pasukan                                                             : RM 120.00

 

Pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK. Tempoh keahlian institusi PERSAMA adalah 1 Januari 2019 – 31 Disember 2019.

 

b)         Pendaftaran OMK 2019

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej/matrikulasi/politeknik/universiti hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://omk.persama.org.my/register.

 

c)         Tarikh Tutup Pendaftaran dan Bayaran OMK 2019

Pendaftaran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 10 Jun 2019 20 Jun 2019 dan bayaran penyertaan perlu dibuat sebelum 30 Jun 2019. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN) manakala bayaran selepas tarikh tutup pula akan dikenakan YURAN PENALTI (RM10 SATU PASUKAN).

 

6.         Maklumat TERKINI dan terperinci tentang OMK 2019 serta pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru, PERSAMA amat mengalu-alukan para pelajar menyertai OMK 2019.

 

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

           

(Profesor Madya Dr. Zabidin Bin Salleh)

Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2019

b/p Presiden PERSAMA

 

Perhatian:

1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan sekretariat melalui email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah/kolej/matrikulasi/politeknik/universiti mengikut negeri:

 

Nama No Tel. e-mel Negeri
Dr. Nurfadhlina Abdul Halim 09-6683383 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Johor
Dr. Hanafi Bin A. Rahim 09-6683626 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Melaka
Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani 09-6683975 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Negeri Sembilan
Dr. Ilyani Abdullah 09-6683476 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kelantan
Dr. Chee Chew Seng 09-6683619 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Selangor
Dr. Mohamed Saifullah Hussin 09-6683141 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kuala Lumpur/Putrajaya
Dr. Fatimah Noor Harun 09-6683341 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kedah/Perlis
Dr. Hassilah Salleh 09-6683380 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Perak
Dr. Ummu 'Atiqah Mohd Roslan 09-6683439 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sabah
Dr. Binyamin Yusoff 09-6683316 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sarawak
Dr. Azwani Binti Alias 09-6683413 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Pulau Pinang
Pn. Siti Madhihah Binti Abdul Malik 09-6683734 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Pahang
Pn. Nor Azlida Aleng@Mohamad 09-6683744 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Terengganu

2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman sesawang PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.

 

Surat Hebahan OMK2019 boleh dimuat naik DI SINI.