Bengkel & Mesyuarat Agung PERSAMA Penggal 2018/2019

 

1 Ogos 2019

Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), FST UKM

 

ATURCARA

8.30 pg - 9.00 pg : Pendaftaran

9.00 pg - 10:00 pg : Sesi Ceramah 1 - Prof. Dr. Norihan Md Arifin (UPM)

10.00 pg - 10.30 pg : Minum Pagi

10.30 pg - 11:30 pg : Sesi Ceramah 2 - Prof. Dr. Ali Hassan Mohammed Murid (UTM)

11.45 pg – 1:00 ptg : Mesyuarat Agung PERSAMA

1.00 ptg : Jamuan PERSAMA

Nota: Ahli dan Bukan Ahli PERSAMA dijemput hadir secara percuma. Sila maklumkan kehadiran kepada SK PERSAMA melalui mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum 26 Julai 2019 bagi memudahkan pihak PERSAMA menguruskan jamuan.

 

 

 

 

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG PENGGAL 2018/2019

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Penggal 2018/2019 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 1 Ogos 2019, jam 11:30pg, Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

 

Agenda Mesyuarat Agung

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2017/2018

2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2017/2018

3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2018/2019

4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2019

5. Pemilihan Ahli-Ahli Majlis bagi penggal 2019/2020 – 2020/2021.

6. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

 

 

 

 

 

PENCALONAN AHLI-AHLI MAJLIS PENGGAL 2019/2020-2020/2021

Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon, dipelawa untuk jawatan-jawatan berikut. Pencalonan-pencalonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya 26 Julai 2019.

 

Presiden

Naib Presiden                                     (2 jawatan)

Setiausaha Kehormat

Penolong Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat  

Penolong Bendahari Kehormat                     

Ahli Jawatankuasa                              (6 jawatan)

Borang Pencalonan boleh dimuat turun DI SINI.