Surat Hebahan OMK 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tn./Pn./En./Cik, 

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang diiktiraf di peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:

                                               Tarikh : 18 Julai 2019 (Sabtu)
                                               Masa   : 10:00 pagi 12:30 tengah hari

3.         Pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

                                               a) Kategori Bongsu     - Tingkatan 1 dan 2

                                               b) Kategori Muda       - Tingkatan 3 dan 4

                                               c) Kategori Sulong      - Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / Setara  

4.         Pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat pertandingan OMK 2020 akan ditentukan oleh Urusetia OMK 2020. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah yang mendaftar OMK 2020. Penyelaras atau pihak sekolah/institusi perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk menyemak maklumat terkini OMK 2020 di laman sesawang PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2020 seperti tarikh dan tempat pertandingan. 

5.         Sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta yang hadir pada hari pertandingan manakala Penyelaras Sekolah/Institusi dan pihak sekolah/institusi akan diberi sijil penghargaan berupa sijil elektronik (e-sijil).

6.         Untuk makluman, peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan dipilih dan layak disaring untuk menyertai kem-kem Intensif International Mathematical Olympiad (IMO). Di akhir kem intensif tersebut, beberapa orang pelajar berkemungkinan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2018, IMO 2019 dan IMO 2020 tidak dibenarkan menyertai OMK 2020.

7.         Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan OMK 2020.

            a) Yuran Penyertaan OMK 2020

                Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan (4 orang/kumpulan) manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2020.

 

Status keahlian

Perkara

Bayaran Awal

Bayaran Selepas 3 Julai 2020

Sekolah Yang Menjadi Ahli Institusi PERSAMA

Yuran Keahlian PERSAMA

RM 50.00  

Pasukan Pertama (Setiap Kategori)   

RM 60.00

RM 70.00

Pasukan Berikutnya (Dalam Kategori Sama)   

RM 50.00

RM 60.00

Sekolah Yang Bukan Ahli Institusi PERSAMA

Setiap pasukan

RM 120.00

RM 130.00

 
            Pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK. Tempoh keahlian institusi PERSAMA adalah 1 Januari 2020 – 31 Disember 2020.

            b) Pendaftaran OMK 2020

               Pendaftaran dan penyertaan sekolah/institusi hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Pendaftaran OMK 2020 di laman sesawang PERSAMA. Penyelaras atau pihak           

               sekolah/institusi perlu mengisi borang pendaftaran tersebut dan menghantar semula ke e-mel OMK (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

            c) Tarikh Tutup Pendaftaran dan Bayaran OMK 2020

                Pendaftaran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2020 dan bayaran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 3 Julai 2020.

 

8.         Maklumat TERKINI dan terperinci berkaitan OMK 2020 serta pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru, PERSAMA amat mengalu-alukan para pelajar menyertai OMK 2020.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

           

(Dr. Binyamin bin Yusoff)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2020
b/p Presiden PERSAMA
Tel: +609-6683316
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perhatian:

1. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan sekretariat OMK 2020 melalui email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau penyelaras-penyelaras sekolah/institusi berikut mengikut negeri:

Nama No Tel. e-mel Negeri
Dr. Nur Aidya Hanum Binti Aizam 09-6683979 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Johor
Dr. Fatimah Noor Harun 09-6683341 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kedah/Perlis
Dr. Ilyani Abdullah 09-6683476 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kelantan
Dr. Hanafi Bin A. Rahim 09-6683626 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Melaka 
Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani  09-6683975  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Negeri Sembilan 
Pn. Siti Madhihah Binti Abdul Malik  09-6683734  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Pahang 
Dr. Mohamad Nazri b. Husin  09-6683320  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Perak 
Dr. Azwani Binti Alias  09-6683413  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Pulau Pinang 
Dr. Nur Fadhilah Binti Ibrahim  09-6683717  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Sabah 
Dr. Syerrina Binti Zakaria  09-6683681  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Sarawak 
Dr. Hassilah Salleh  09-6683380  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Selangor 
Pn. Nor Azlida Aleng@Mohamad  09-6683744  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Terengganu 
Dr. Mohamed Saifullah Hussin  09-6683383  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  WP Kuala Lumpur/Putrajaya 

2. PERSAMA juga menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman sesawang PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.

Lampiran: