NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021/2022

Semua ahli PERSAMA

 

 

Assalamualaikum wbkt

 

 

YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSAMA SESI 2021/2022  

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) Sesi 2021/2022 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh

:

4 Ogos 2022 (Khamis)

Masa

:

11.30 pagi – 12.30 tengah hari

Kaedah Mesyuarat

:

Hibrid (secara fizikal dan dalam talian)

Tempat

:

Dewan Kuliah DKG124SM

Jabatan Sains Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi

 

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pautan Google Meet

:

meet.google.com/hxg-nisk-hsb

3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:

i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2020/2021

ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2020/2021

iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2021/2022

iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2022

v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat

 

Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.

 

4. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa memohon kerjasama ahli PERSAMA yang akan hadir sama ada secara fizikal atau dalam talian untuk membuat pengesahan kehadiran di pautan https://forms.gle/ZDT9QeK4C3ZNZo1t6 bagi membantu melancarkan urusan mesyuarat dan jamuan. 

5. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Penceramah jemputan untuk bengkel ini adalah Prof. Dr. Muhammad Rezal Bin Kamel Ariffin (Universiti Putra Malaysia) dan Prof. Dr. Darren C. Ong (Xiamen University Malaysia). 

6. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

 

Dr. Mohd Almie bin Alias

Setiausaha Kehormat PERSAMA

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Lampiran:

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Sesi (pdf)