Tarikh: 11 Mac 2023
SEMUA KETUA JABATAN
AHLI SEUMUR HIDUP PERSAMA
MEREKA YANG BERKENAAN
Assalamu’alaikum wbkt
Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tn/Pn/En/Cik,
HEBAHAN PENAJAAN YURAN UNTUK PENYERTAAN KE SKSM30
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) bersama Institut Matematik Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis (IMK, UniMAP) akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-30 (SKSM30) pada 26 dan 27 September 2023 bertempat di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah, dan juga secara dalam talian.
3. Sehubungan itu, PERSAMA berbesar hati untuk menaja yuran penyertaan SKSM30 bagi beberapa ahli seumur hidup PERSAMA yang telah mendaftar keahlian selama sekurang-kurangnya setahun dan akan menjadi pembentang dalam SKSM30. Ahli PERSAMA yang telah menerima tajaan yuran SKSM dalam tempoh lima tahun kebelakang tidak boleh memohon tajaan ini.
4. Untuk memohon, ahli yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas perlu mengisi dan mengembalikan borang permohonan (Lampiran 1) bersama-sama dengan surat penerimaan abstrak SKSM30 kepada urusetia PERSAMA di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Untuk makluman, tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Mei 2023. Borang permohonan boleh juga didapati di laman sesawang PERSAMA di www.persama.org.my.
5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada urusetia di alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada mereka yang berkenaan di Jabatan tuan/puan.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Wassalam.
Yang benar,
Prof. Dr. Maslina Darus
Presiden PERSAMA
Lampiran:
2. Borang permohonan (pdf sahaja)