NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSAMA 2023/2024

Semua ahli PERSAMA

  

Assalamualaikum wbkt

 

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSAMA SESI 2023/2024  

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) Sesi 2023/2024 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh

:

1 Ogos 2024 (Khamis)

Masa

:

11.30 pagi – 1.00 tengah hari

Kaedah mesyuarat

:

Hibrid (fizikal dan dalam talian talian)

Tempat

:

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Pelantar

:

Microsoft Teams (pautan Teams akan dihantar melalui emel yang didaftarkan)

3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:

i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2022/2023

ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2022/2023

iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2023/2024

iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2024

v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat

 

Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.

 

4. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah dua orang Felo PERSAMA iaitu Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu, FASc dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan.

5. Pihak jawatankuasa program memohon kerjasama ahli-ahli PERSAMA yang ingin hadir untuk membuat pendaftaran kehadiran selewat-lewatnya pada 17 Julai 2024 di pautan https://forms.gle/L3d79X7f2ioJF4R79 bagi membantu melancarkan urusan program dan jamuan.

8. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

 

Dr. Mohd Almie bin Alias

Setiausaha Kehormat PERSAMA

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Lampiran:

Notis Mesyuarat Agung PERSAMA 20232024 (pdf)