Tawaran Penajaan Yuran SKSM31

Tarikh: 30 April 2024

 

SEMUA KETUA JABATAN

AHLI SEUMUR HIDUP PERSAMA

MEREKA YANG BERKENAAN

 

 

Assalamu’alaikum wbkt

 

 

Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tn/Pn/En/Cik,

 

 

HEBAHAN TAWARAN PENAJAAN YURAN UNTUK PENYERTAAN KE SKSM31

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) bersama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-31 (SKSM31) pada 11 hingga 13 September 2024 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak.

 

3. Sehubungan itu, PERSAMA berbesar hati untuk menaja yuran penyertaan SKSM31 bagi beberapa ahli seumur hidup PERSAMA yang telah mendaftar keahlian selama sekurang-kurangnya setahun dan akan menjadi pembentang dalam SKSM31. Ahli PERSAMA yang telah menerima tajaan yuran SKSM dalam tempoh lima tahun kebelakang tidak boleh memohon tajaan ini. 

 

4. Untuk memohon, ahli yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas perlu mengisi dan mengembalikan borang permohonan (Lampiran 1) bersama-sama dengan surat penerimaan abstrak SKSM31 kepada urusetia PERSAMA di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Untuk makluman, tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Mei 2024. Borang permohonan boleh juga didapati di laman sesawang PERSAMA di www.persama.org.my.

 

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada urusetia di alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada mereka yang berkenaan di Jabatan tuan/puan.

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

Wassalam.

 

Yang benar,

 

Prof. Dr. Maslina Darus

 

Presiden PERSAMA

 

 

Lampiran:

1. Surat hebahan

2. Borang permohonan (pdf)

3. Borang permohonan (doc)