Hebahan Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-32 (SKSM32)

 

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-32 (SKSM32)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kebangsaan Sains Matematik yang ke-32 (SKSM32) akan diadakan pada 8 & 9 Julai 2025 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Malaysia. SKSM merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Pada tahun 2025, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama PERSAMA menjadi penganjur Simposium Kebangsaan Sains Matematik yang ke-32 (SKSM32). Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam dan luar negara bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya, menerusi perhimpunan dan perbincangan idea inovatif di kalangan ahli akedemik dan pakar-pakar saintis, penyelidik di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik.

SKSM32 membawa tema “Transformasi Sains Matematik: Menggerakkan Inovasi dan Memperkukuh Pertahanan Negara”. Skop atau bidang utama adalah termasuk:

  • Matematik Gunaan
  • Matematik Tulen
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Matematik Kejuruteraan
  • Pendidikan Matematik
  • Kriptografi
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik Kewangan
  • Analisis Berangka
  • dan lain-lain bidang berkaitan Matematik dan Sains Data.

TARIKH PENTING

 📍30 Mac 2025: Notis Penerimaan Abstrak

 📍15 April 2025: Pembayaran Yuran Awal

 📍9 Mei 2025: Penghantaran Artikel

 📍1 Jun 2025: Pembayaran Yuran

 📍8 - 9 Julai 2025: Hari Persidangan 

YURAN

Kadar yuran berbeza mengikut kategori (Akademia, Profesional, Pelajar, Ahli PERSAMA) dan pilihan penerbitan. 

PENDAFTARAN

Pendaftaran boleh dilakukan di https://forms.gle/SMc1sVKdmXRcZXqK9.

PENGHANTARAN

Templat abstrak dan kertas penuh boleh dimuat turun di https://www.sksm32.com/panggilan-artikel/panduan-penghantaran-abstrak.

PELUANG PENERBITAN

Artikel berpotensi diterbitkan dalam jurnal terindeks seperti:

✅ WoS

✅ Scopus

✅ MyCite

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan artikel dan SKSM32, sila layari https://www.sksm32.com/.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Sekretariat SKSM32 melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian terima kasih.