NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSAMA 2024/2025 DAN PILIHAN RAYA PERSAMA

Semua ahli PERSAMA

  

Assalamualaikum wbkt

 

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2024/2025 DAN PENCALONAN PILIHAN RAYA PERSAMA SESI 2025/2026-2026/2027  

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Agung Tahunan dan Pilihan Raya Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh

:

26 Ogos 2025 (Selasa)

Masa

:

11.00 pagi – 1.00 tengah hari

Kaedah mesyuarat

:

Hibrid (fizikal dan dalam talian)

Tempat

:

Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor

Pelantar

:

Medium dan pautan mesyuarat akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan

3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:

i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2023/2024

ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2023/2024

iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2024/2025

iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2025

v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat

vi. Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2025/2026-2026/2027  

 

Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.

 

 

4. Bagi Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2025/2026 – 2026/2027, ahli-ahli PERSAMA dipelawa untuk membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan berikut:

AHLI MAJLIS PERSAMA

Presiden

Naib Presiden                                         (2 jawatan)

Setiausaha Kehormat

Penolong Setiausaha Kehormat

Bendahari Kehormat    

Penolong Bendahari Kehormat 

Ahli Jawatankuasa                                 (6 jawatan)

            

SELAIN AHLI MAJLIS PERSAMA

Juruaudit Dalam                                   (2 jawatan)

 

 

5. Borang pencalonan boleh didapati bersama hebahan ini (LAMPIRAN B). Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon perlu sampai kepada Pengerusi Pilihan Raya PERSAMA, Prof. Dr. Noriszura binti Ismail melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., d/a Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari 5 Ogos 2025.

 

 

6. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Penceramah jemputan bengkel ini adalah Dr. Noorhelyna Razali (Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM) dan Dr. Abd Fatah Wahab (Felo PERSAMA 2025 dan mantan Profesor Matematik, UMT). 

 

 

7. Pihak jawatankuasa program memohon kerjasama ahli-ahli PERSAMA yang ingin hadir untuk membuat pendaftaran kehadiran di pautan https://tinyurl.com/yz8yb8cj selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2025 untuk kehadiran fizikal dan 19 Ogos 2025 untuk kehadiran dalam talian bagi membantu melancarkan urusan program dan jamuan.  

 

 

8. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

 

Dr. Mohd Almie bin Alias

Setiausaha Kehormat PERSAMA

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Lampiran:

Notis Mesyuarat Agung PERSAMA 20242025

Lampiran_B_BORANG_PENCALONAN_PILIHAN_RAYA_PERSAMA SESI 20252026–20262027.doc

Lampiran_B_BORANG_PENCALONAN_PILIHAN_RAYA_PERSAMA SESI 20252026–20262027.pdf