Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.
Dengan rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Dr. Tahir Ahmad, Felo PERSAMA dan mantan Profesor di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 11 Februari 2026.
Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh. Semoga keluarga beliau diberi kesabaran dan ketabahan.
Al-Fatihah.

