Tawaran Penajaan Yuran SKSM28

Tarikh: 5 Februari 2021

 

SEMUA KETUA JABATAN

AHLI SEUMUR HIDUP PERSAMA

MEREKA YANG BERKENAAN

 

 

Assalamu’alaikum wbkt

 

 

Y.Bhg Dato’/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tn/Pn/En/Cik,

 

 

HEBAHAN TAWARAN PENAJAAN YURAN UNTUK PENYERTAAN KE SKSM28

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke 28 (SKSM28) pada 28 dan 29 Julai 2021.

 

2. Sehubungan itu, PERSAMA berbesar hati untuk menaja yuran penyertaan SKSM28 bagi beberapa ahli seumur hidup PERSAMA yang telah mendaftar keahlian selama sekurang-kurangnya setahun dan akan menjadi pembentang dalam SKSM28.

 

3. Untuk memohon, ahli yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas perlu mengisi dan mengembalikan borang permohonan bersama-sama dengan surat penerimaan abstrak SKSM28 kepada urusetia PERSAMA di alamat e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Untuk makluman, tarikh akhir permohonan adalah pada 19 Februari 2021. Borang permohonan boleh juga didapati di laman sesawang PERSAMA di www.persama.org.my.

 

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada urusetia di alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada mereka yang berkenaan di Jabatan tuan/puan.

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

Wassalam.

 

Yang benar,

 

Prof. Dr. Maslina Darus

 

Presiden PERSAMA

 

 

Lampiran:

1. Surat hebahan

2. Borang permohonan (pdf)

3. Borang permohonan (doc)